SET BERSALIN DCL
TERBAIK UNTUK SEMUA IBU-IBU MODEN KINI....
Selalunya kan kita berpantang selama 45 hari kan...pantang dari segala2nya.....supaya kita pulih dari segalanya..untuk memulihkan badan kita kepada asal....
kenapa perlu berpantang?
- Selepas 9 bulan mengandung dan melalui proses kelahiran badan menggunakan tenaga yang banyak.
- Setelah penat bekerja keras,badan kita perlu rehat.
- Amalan seperti berurut, bertungku ,berbengkung MESTI perlu BUAT.
- Cuma mandi air rebusan akar kayu, meminum air herba tidak lah perlu. Untuk zaman moden kini, NF sarankan ambil penggunaan SET BERSALIN DCL ini... MUDAH, CEPAT & SEDAP... !
- Bagi ibu-ibu yang moden dan inginkan cara yang mudah... Berpantang sendiri buat mana yang mampu.
Kelahiran Dan Petua Selepas Bersalin
Tempuh berpantang adalah jangka masa
untuk memulihkan semula tubuh badan dari segi kesihatan dan juga bentuk
badan kembali kepada bentuk asal. Proses bersalin banyak menggunakan
tenaga terutama semasa menahan kesakitan, dan ketika meneran bayi
keluar, urat saraf ibu menjadi tegang dan kadang kala rasa kejang. Ada
ibu yang mengalami kekurangan darah kerana banyak darah keluar semasa
bersalin. Oleh itu, banyaklah pantang larang yang dikenakan orang tua
kita dahulu kepada ibu-ibu lepas bersalin, ada yang wajar diikuti dan
ada pula yang tidak larat diikuti oleh golongan muda sekarang. Di
antara pantang larang daqn petua-petua menjaga badan dan kesihatan
selepas bersalin diperturunkan di bawah.
1. Kawal pergerakan
* Ibu-ibu lepas bersalin
dikehendaki mengawal pergerakan, tidak terlalu banyak bergerak, berjalan
secara perlahan, tidak gopoh gapah kerana ditakuti tumpah darah.
* Ibu-ibu dikehendaki sentiasa
menjaga kaki, memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras
kerana ditakuti bentan, membawa sakit hingga ke kepala dan meroyan
serta lambat pulih kesihatan.
* Ibu-ibu hendaklah duduk secara
merapatkan peha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan vagina kembali
kepada asal (barangkali kerana orang dulu-dulu bersalin di rumah dan
mengharapkan luka baik sendiri tanpa sebarang jahitan)
Saya perhatikan pantang larang di atas
sukar dipatuhi oleh ibu-ibu muda sekarang, mereka tidak mengawal
pergerakan, tidak suka pakai stoking dengan alasan panas, cara duduk pun
tidak dijaga/dikawal, malah ikut rasa selesa, mungkin kerana yakin
dengan `treatment' yang diberikan oleh doktor-doktor pakar.
* minum air perahan kunyit hidup
(mungkin untuk melancarkan perjalanan darah) setiap pagi selama beberapa
hari (antara 3-7 hari) selepas bersalin.
* untuk cepat sembuh luka vagina, makan sup ikan haruan dengan banyakkan halia muda dan lada hitam.
* jangan atau kurangkan makan
makanan bersantan dan berkanji seperti kuah kari dan pulut (mungkin
kerana angin perut dan menambahkan kolestrol dalam badan, serta
melambatkan proses menurunkan berat badan untuk kembali kepada bentuk
asal)
* jangan makan sayuran yang bersifat
sejuk dan menyebabkan angin perut (seperti kangkung, kacang panjang,
labu air, kobis, terung, nangka muda, jantung pisang) dan buah-buahan
yang bersifat masam (asidic) dan sejuk (seperti mempelam, limau dan
lain-lain)
Saya masih ingat semasa ibu saya
dalam pantang, dia tidak makan lauk berkuah, sebaliknya makan nasi
panas dengan ikan bakar (yang disapu sedikit garam dan kunyit) serta
ditaburkan serbuk lada hitam. Ibu saya juga makan 2 biji telur ayam
kampung yang jadi masak apabila dibancuhkan bersama madu lebah asli.
Badan sentiasa berpeluh kerana panas madu lebah dan lada hitam, muka
kemerah-merahan (tidak pucat lesi)dan cepat pulih kesihatan.
3. Mandi Air Serung / Rebusan Herbal
* mandi setiap pagi dengan air
rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kadok, pandan, serai wangi,
kunyit, jambu batu, dan lain-lain serta dimasukkan juga asam keping,
kulit kayu manis dan cengkih.
* atau lebih mudah sekarang ini
boleh juga menggunakan bungkusan herba yang disediakan khas untuk
direbus sebagai air mandian.
4. Berurut
* Selepas beberapa hari bersalin
dan luka pada vagina dah sembuh, bolehlah diurut seluruh badan, antara 3
- 7 hari, kira-kira 1 jam setiap hari. Sebaik-baiknya berurut
hendaklah pada waktu pagi, suasana masih segar dan sejuk.
* Tumpuan berurut juga kepada bahagian perut, untuk menaikkan rahim kembali ke tempat asal.
* Bolehlah diulang berurut
mengikut keperluan, terutama jika ada rasa letih dan tegang urat saraf
selepas menyusukan bayi. Boleh juga diulang berurut pada hari-hari ke
40 hingga 44, iaitu sebelum selesai berpantang, terutama untuk tujuan
menaikkan (menyekak) peranakan.
5. Bertungku / bergagang
* Selepas berurut diikuti pula
dengan bertungku, terutama di bahagian perut dan peranakan, untuk cepat
kecutkan peranakan dan sekaligus mengempiskan perut ibu kembali kepada
bentuk asal.
* Ada juga di antara ibu-ibu yang
mengamalkan bergagang, iaitu dengan menjiruskan air ke atas tungku
panas, kemudiaan selinkupkan kain sarung dan berkangkang di atasnya
supaya wap panas dapat memanaskan vagina dan mengucutkan peranakan.
Boleh juga menggunakan peralatan mandi wap seperti yang disediakn di
pusat rawatan kecantikan/spa.
6. Berbengkung / barut perut
* Membarut perut/berbenkung dengan
olehan campuran kapur sirih dan limau nipis selama antara 3 hingga
7 hari pertama selepas bersalin. Campuran ini cepat mengecutkan
peranakan dan mengmpiskan perut. Ada ibu-ibu yang menggunakan ragi
untuk tujuan ini.
* Selepas berurut, bertungku dan
bergagang, maka perut bolehlah di barut dengan olehan bancuhan herba
rawatan bersalin. Ini banyak dijual dalam pasaran dengan berbagai
jenama.
7. Bersalai / Berdiang
* bersalai/berdiang bermaksud
tidur di atas salain atau katil yang diletakkan bara api di
bawahnya. Katil biasanya ditinggikan supaya tidak terlalu dekat dengan
bara api.
* bersalai/berdiang biasanya
dibuat pada waktu pagi ketika cuaca sejuk dengan tujuan untuk
memanaskan badan dan mengeluarkan peluh, cepat mengecutkan peranakan dan
mengempiskan perut. Bila bersalai, ibu-ibu akan merasa haus dan banyak
minum air, dengan itu dapat dikeluarkan toksin dari badan dan ibu-ibu
akan cepat merasa sihat.
* bersalai/berdiang sekarang
ini bolehlah dibuat di atas tilam b-ion, iaitu tilam yang ada batu-batu
jade dan dipanaskan dengan kuasa letrik.
8. Menyapu pilis
* menyapu
pilis pada dahi, untuk menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata,
serta mengelakkan dari sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan
meroyan.
* pilis biasanya boleh
didapti bersama pakej herba/jamu bersalin. Pilis juga boleh dibuat
sendiri, iaitu dengan memarut halus jambu batu muda dicampurkan dengan
bedak sejuk dan air mawar.
9. Memakan Jamu bersalin / Minum Air Rebusan Akar Kayu (Ubat Periuk)
* Ibu-ibu dahulu biasanya mengamalkan meminum air rebusan akar kayu (ubat periuk) yang disediakan oleh bidan/bomoh kampung.
* Ibu-ibu sekarang boleh memilih banyak alternatif Jamu Bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan.
10. Memanjangkan tempuh berpantang
* Orang-tua dahulu biasanya
melanjutkan tempuh berpantang kepada ibu-ibu lepas bersalin sehingga ke
seratus hari, terutama untuk tujuan kembali mengadakan hubungan sex
dengan suami, supaya dapat memastikan badan benar-benar pulih dan sihat,
memerhatikan kitaran haid yang betul bagi membolehkan merancang
keluarga dan mengambil precaution kehamilan.
Semoga ibu-ibu muda atau bakal-bakal
ibu dapat mempelajari sesuatu daripada petua-petua yang dicatatkan ini.
Rasa-rasanya ini sajalah yang dapat saya perturunkan, mungkin ada yang
dah lupa, sebab berpantang saya yang terakhir adalah 6 tahun yang
lalu.
No comments:
Post a Comment